Photobucket

10 Julai 2012

Tugas MU


dua hitan kesan di dahi
tanda teguh laksana ajaran
bagus tugasmu hamba ilahi
beri ingatan beri teguran
 
tanda teguh laksana ajaran
quran dan sunnah tetap di hati
beri ingatan beri teguran
bukti dirimu muslim sejati
 
quran dan sunnah tetap di hati
terus diamal tanpa alasan
bukti diri mu muslim sejati
diberi pahala sebagai balasan
 
terus diamal tanpa alasan
tetapkan subur tidakkan mati
diberi pahala sebagai balasan
andai tugasmu seikhlas hati
 
tetapkan subur tidakkan mati
terus mekar menjadi ilmu
andai tugasmu seikhlas hati
pasti sampai niat asalmu
 
terus mekar menjadi ilmu
ilmu yang baik tidakkan hilang
pasti sampai niat asalmu
membina umah lebih cemerlang
 
ilmu yang baik tidakkan hilang
jadi pedoman juga panduan
membina umah lebih cemerlang
islam subur menjadi pilihan
 
jadi pedoman jadi panduan
membentuk iman yang lebih jitu
islam subur menjadi pilihan
teruskan usaha murni mu itu.
 

nurkilan lama dulu...
"Fiteri"
15/04/06

08 Julai 2012

Kuala Gula 2012 -Soft Skill

Kuala Gula : Julai 2012


Sejak Kebelakangan ini.... aku sering bermain dengan hati apabila bersendirian....
aku cuba mencari jalan.....bagaimana untuk menjadi insan yang lebih baik...
insan yang memberi manfaat pada insan lain....


" Manusia yang paling baik disisi tuhan adalah manusia yang banyak memberi manfaat kepada orang lain"


dalam aku sentiasa berfikir itu....
allah telah susunkan jalan ku ..... aku diminta menghadiri kursus soft skill di kuala gula....
sebelum kesana ...bagiku kursus ini mgkin seperti kursus2 lain je...


disana lah... aku memahami sesuatu... aku menemui erti kasih sayang....
allah cuba menunjukkan sesuatu pada ku... itu yang aku fikirkan sepanjang berada di kursus itu......


memang benar.... aku terasa...tersentuh.... semuanya masuk bukan dalam minda tapi dalam hati.....
terus menusuk sangat dalam.... hanya allah yang tahu..... ya... hanya "dia" yang tahu....


jika sebelum ini untuk menjadi seorang yang lebih baik...aku cuba amalkan ikhlas dalam perhubungan... ikhlas kerana  bagiku semua hamba allah berhak dihormati..... aku cuba bersangka baik dgn semua org.


semasa berkursus ini aku tahu.... ikhlas saja tidak mancukupi...
apa yg penting dlm setiap hubungan, persaudaraan adalah kasih sayang....
apa yang perlu aku lakukan selepas ini untuk manjadi insan yang lebih baik ialah
melihat semua org dengan kasih sayang ikhlas kerana allah.....
itu mampu menjadikan hatiku lebih lembut dan bersih...


sepanjang aku disana...aku cuba semaikan kasih sayang bersama rakan-rakan...
setiap kali memeluk mereka..aku peluk sambil cuba melahirkan perasaan sayang...
memang diluar jangkaanku..... aku dapat merasakan sesuatu yang amat berlainan sekali....
berpelukan sesama rakan(lelaki) juga mampu membuat hatiku tenang dan aman....
mungkin ini azimat di sebalik rasa sayang ikhlas kerana allah.....


CUMA...MAMPUKAH aku lakukannya dalam kehidupanku seharian....
YaAllah bantulah aku untuk manjadi insan yang lebih baik.... aku sentiasa mencuba YaAllah.....


“Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: “Tidak ada seorang pun di antara kalian dipandang beriman sebelum ia menyayangi saudaranya sesama Muslim seperti halnya ia menyayangi dirinya sendiri.”


berilah peluang padaku YaAllah...berilah peluang untuk merasa sekali lagi erti sayang dalam semua perhubunganku seharian...aku ingin menjadi hambamu yang baik...




antara yang aku dapat dari kursus tersebut :


** Setiap orang ada nilai diri... menaikkan nilai diri org lain mampu membuat org dan kita bahgia..
** Jika kita memberi kasih sayang pada orang tanpa mengharapkan balasan... pasti akan ada kasih sayang yang datang kepada kita walaupun dari penjuru yg berlainan....
** Berlemah lembut mampu membuat sesuatu yang keras dan tegang menjadi lembut dan tenang. benarlah kata pepatah : setitik air mampu melekukkan batu yg keras jika air tersebut terus menitik tanpa jemu..
** komunikasi berkesan merupakan satu kuasa yang besar. cuma kita xsedari..
** banyak lagi yang aku lalui dan perolihi......




tapi apa yg aku sendiri rasa disana ialah
+ walaupun kita ikhlas belum tentu ianya memadai jika cara kita xbetul...
+ kita lebih mudah menjadi @buat baik dengan orang baru yang kita tidak kenal sebelum ini... ntah la.. mungkin susah aku nk buat baik dengan rakan sekerja yang dah lama dikenali.... 


aku kurang pandai menulis @ meluah rasa hati dengan mengarang.... susah untuk aku terangkan....
apa yang aku mahu sampaikan ialah....
ucapan ribuan mungkin jutaan terima kasih pada semua yang terlibat dengan kursus tersebut....terutama paksu....
juga syukur yg tak terhingga pada allah kerana memilihku untuk kesana....merasai dan menemui semua itu...
TERIMA KASIH YaAllah.... terima kasih...

04 Julai 2012

Hanya Itu

Siapa la Aku...
Aku tiada harta dunia
tiada yang aku boleh infaqkan ke jalan allah.
tidak mampu bersedekah untuk bekal amal jariah ku...
walaupun aku tahu :

Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad): apakah yang akan mereka belanjakan (dan kepada siapakah)? Katakan- "Apa jua hartabenda (yang halal) yang kamu belanjakan maka berikanlah kepada: kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan orang-orang yang terlantar dalam perjalanan." Dan (ingatlah), apa jua yang kamu buat dari jenis-jenis kebaikan, maka sesungguhnya Allah sentiasa mengetahuinya (dan akan membalas dengan sebaik-baiknya). (Al Baqarah : 215)






Siapalah Aku...
Aku bukan pahlawan hebat
yang boleh saja mengangkat senjata berjuang, 
tidak mampu berjihat dijalan allah....
walaupun aku tahu :

Tidaklah sama keadaan orang-orang yang duduk (tidak turut berperang) dari kalangan orang-orang yang beriman selain daripada orang-orang yang ada keuzuran - dengan orang-orang yang berjihad (berjuang) pada jalan Allah (untuk membela Islam) dengan harta dan jiwanya. Allah melebihkan orang-orang yang berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka atas orang-orang yang tinggal duduk (tidak turut berperang kerana uzur) dengan kelebihan satu darjat. Dan tiap-tiap satu (dari dua golongan itu) Allah menjanjikan dengan balasan yang baik (Syurga), dan Allah melebihkan orang-orang yang berjuang atas orang-orang yang tinggal duduk (tidak turut berperang dan tidak ada sesuatu uzur) dengan pahala yang amat besar .(An Nissa' : 95)






Siapalah Aku...
Aku tak punya banyak ILmu
yang boleh kusampaikan ...menjadi lombong pahala berterusan buatku...
tidak mampu membela dan membina agama allah..
walaupun aku tahu :


Daripada Abu Darda’ r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya para ulama adalah pewaris para nabi. Nabi-nabi pula tidak mewariskan dinar dan dirham. Mereka mewariskan ilmu. Siapa yang mengambilnya ia telah mendapat bahagian yang banyak dan sempurna."
(Riwayat Abu Daud, al-Tirmizi, Ibn Majah dan Ibn Hibban)


Dari Ibnu Mas'ud, r.a., dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Tidak digalakkan adanya perasaan iri hati melainkan kepada dua keadaan:  (Pertama) keadaan orang yang dikurniakan Allah harta benda, serta menjadikannya menguasai dirinya menghabiskan hartanya itu pada perkara kebajikan yang sebenar-benarnya; dan (kedua) keadaan orang yang dikurniakan Allah ilmu pengetahuan agama, lalu ia beramal dengannya dan mengajarkannya." (Bukhari, Muslim dan Tirmizi)



Dari Zaid bin Thabit r.a., dari Nabi s.a.w., sabdanya: "SemogaAllah menyerikan wajah dan memperelokkan keadaan orang yang mendengar dari kami sebarang hadis lalu ia memeliharanya (dengan ingatannya atau dengan tulisannya), supaya ia dapat menyampaikannya (kepada orang lain); - kerana boleh jadi ada pembawa sesuatu hadis hukum kepada orang yang lebih faham daripadanya dan boleh jadi juga pembawa sesuatu hadis hukum itu, ia sendiri bukanlah seorang yang memahaminya."(Tirmizi dan Abu Daud)



Siapalah Aku..
Aku hanya insan biasa...
tanpa harta, kuasa dan ilmu...

cuma yang aku ada hanya pekerjaan ku...
walaupun kerjayaku bukan sesuatu yg boleh dibanggakan...
aku YAKIN... pasti ada hikmah mengapa aku dipilih.. pasti ada..

aku amat berharap Allah membantuku untuk mengikhlaskan diri dalam pekerjaan ku...
aku akan cuba bekerja seikhlas yang mungkin
kerana bagiku kerja ku juga satu ibadah...
Aku Yakin, kerana aku Tahu:

Dan katakanlah (Wahai Muhammad): "Beramallah kamu (akan segala yang diperintahkan), maka Allah dan RasulNya serta orang-orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian Ia menerangkan kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan." (At Taubah : 105)

Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing), dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat). (Al Jumu'ah : 10)




Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
    “Jika pergi sesorang di antara kamu pada tengahari untuk mengambil kayu bakar dibelakangnya, sehingga dia dapat bersedekah darinya dan mencegah daripada meminta-minta maka yang demikian adalah lebih baik baginya daripada meminta-minta kepada orang lain sama ada diberi atau tidak kerana tangan yang di atas adalah lebih baik daripada tangan yang dibawah, mulailah daripada yang terdekat.”



YAALLAH.....
aku mengharapkan ihsan mu YAALLAH
jika apa yang ku kerjakan didunia ini dengan kerja yang engkau amanahkan.... 
layak kau kira sebagai ibadah untukmu.....
tiada apa yang ku ingin minta darimu YAALLAH
selain rahmat dan redhamu yaalah keatas ku, keluarga ku dan semua sahabat2 ku YaALLAH....


hanya padamu aku sembah YAALLAH hanya padamu jua aku meminta pertolongan....
tolonglah aku hambamu yang lemah dalam mencari cahaya rahmat mu YAALLAH....


terima kasih ALLAH di atas segalanya yang engkau beri buatku hambamu yang hina ini.....









02 Julai 2012

4 pemuda itu...

4 PEMUDA itu

untuk kali ini aku melangkah lemah... ntah kenapa malas rasanya untuk aku laksanakan t/jawab 
aku yang satu itu untuk kali ini..... mungkin sebab gerimis menyusul selepas hujan lebat pagi tadi...
hehehe.... pandai plak cari alasan nk salahkan cuaca... ..

aku tiba di situ selepas 45minit panggilan agung itu berlalu.....
agak lengang... dalam kebasahan akibat hujan (hehe...mcm xpuas hati ngan hujan dari td) aku terus masuk melalui pintu depan.... disebalik celahan daun pintu depan itu aku terlihat kelibat 4org pemuda....
umur lingkungan awal 20an... semua xsehensem aku.... hahaha... sempat jgk aku riak dlm diri... sengaja nk tambah dosa serba sedikit... adoyai ... apa nk jadi dgn aku...


ketika aku melangkah masuk 4 lelaki muda tersebut bersiap-siap untuk menyaipkan sebuah angkatan... 
angkatan untuk bertemu yg maha kuasa..... aku terus mensucikan diri di bilik berhampiran....


aku sebenarnya agak kagum dengan 4 lelaki muda itu... walaupun xhensome (hahaha...) aku dpt melihat....
golongan muda smcm diorg ni mgkin susah nk jmpa zmn skrg... berpenampilan ringkas... terlalu ringkas...
tertib pergerakan.... tersusun bicara.... saling menghormati antara mereka... dengan senyuman mesra masing-masing mempelawa sesama sendiri untuk menjadi ketua waktu itu..... :-) 


setelah aku perasan yg aku dh suci... aku mengambil tempat di posisi paling kanan.... aku angkatan tentera masbuq.. sebab aku terlepas 2x sembahan pertama .. itu je la yg aku mampu hahaha... gelak untuk sendiri.....


selepas aku menyertai 4 lelaki muda itu... baru aku merasa sesuatu.... pergerakan setiap mereka... tersusun dan cukup cermat... tidak tergopoh gapah seperti kebanyakan org (mcm aku kadang2 kuang..kuang..kuang..).. perlahan... hingga aku rasa releks untuk setiap tertib yang aku lakukan....


hingga akhir salam... ketua memberi peluang pada pembantunya mengetuai rafak sembah memohon hajat.... 
aku bukan saje rasa kagum... malah malu rasanya pada diorg .... doa yg dipanjatkan dengan penuh ikhlas untuk semua pejuang agama di seluruh dunia.... untuk semua umat yg diuji di hospital itu... dengan nada sebah dan seperti hampir menangis... doa mereka pada pencipta memberi kesan untuk aku ptg itu... 


malu rasanya ... jika aku dijadikan pembandingan mereka ibarat langit yg dijunjung.... aku cuma bumi yg sentiasa dipijak... jauh aku ketinggalan....


sebelum aku teruskan kerja aku hari itu... ketika menyambut tangan dihulur tanda persaudaraan.... jauh dlm hati aku berdoa... jika aku tidak mampu jadi seikhlas mereka... biarlah lebih ramai pemuda-pemuda seperti mereka akan lahir di bumi malaysia ini.....




walaupun manggis itu hitam... dalamnya putih bersih....
jika durian itu penuh duri... isi dalamnya amat manis....


itu saja yg aku gambarkan kepada 4pemuda islam yang aku temui zohor tadi... semoga kalian dirahmati allah....

26 Jun 2012

Perjalanan...

1 Syawal 1405
1984 Jun 30

dalam kawasan penempatan terancang.... 
ibarat kain putih.......
daif tanpa sebarang kemampuan.....


5 tahun kemudian.....
diberi sedikit kebolehan biasa...
mula mampu mengingati....
memahami kegembiraan....keseronokan... bermain... senyum...

10 tahun selepas itu.....
jiwa ingin bebas...pun begitu masih terkawal
sudah biasa dgn tanah rancangan....
tiada kemewahan.... cukup stakat apa yg ada....
pernah diberi sedikit bekalan akhirat....
NAMUN...... masih begini...sambil lewa...

tidak campur dengan kaki lepak...jauh dari kaki rempit dan rokok
tetap jauh dengan geng surau....tidak temu geng sujud mlm hari...
tiada beza apa... dgn dunia sendiri saja....

2001....
tersedar dari tidur di lewat hari...
keadaan sunyi..... mula tertanya.... kenapa...
kenapa ... aku di sini......

mula berjinak dengan tikar sejadah....
sujud dgn rela sendiri....
mula mencari-cari.....
masih berbabas sekali-sekali......


3 tahun kemudian.....
diletakkan di daerah kecil... kawasan perkampungan....
mula mengerti..... byk yg disedari...
tidak cukup di tikar sejadah cuma.....
tingkah laku cuba diubah.....
cuba belajar erti lemah lembut.... bersopan.... menghormati..... menyayangi....nilai2 murni junjungan besar

usia 24 tahun.....
masih belum temui jiwa sebenar.....
mula terima amanah besar.....
menggalas t/jawab pemimpin......
teruskan perjalanan......


4 tahun berlalu.....

Dari Jabr r.a katanya dia mendengar Rasullullah s.a.w bersabda :
"Bukan amal seseorang yang memasukkannya ke syurga, atau melepaskannya dari neraka 
termasuk juga aku, tetapi ialah semata-mata rahmat Allah S.W.T belaka"

setiap pagi.... melangkah dengan nama allah....
setiap amanah..... kerana dia
melepaskan hati dari buruk sangka.....berdengki...jauh lg membenci
melihat dengan kaca mata lebih positif.....semua keranaNYA...
aku sekadar mencuba...... lebih dari itu tidak terdaya....

jauuuuuhhhh............ dalam seketul daging merah ini.....
jika semua itu diterima.... cukuplah sekadar rahmatmu yaallah yg ku pinta....
aku lemah seorang hamba.... apa lagi yang diharapkan selain kasih tuhannya....
 .......
semoga aku.... keluarga ku.... sahabatku..... saudara2 ku....... semua hamba ini...
merasa nikmat RahmatMu..... bantulah kami semua......

hari ini... aku masih lagi mencuba...... sekurang-kurangnya aku akan cuba tidak berhenti dari usaha.....
aku tersukan jalan......semua kerana Mu.... alhamdulillah....


25 Jun 2012

post

Lebih 2 1/2 thn aku tinggalkan dunia blog ini....
Skrg terdetik nak bermula semula.
Semua catatan lama di padam...
tapi tak sangka...dunia blog dh jauh berubah.... aku agak susah nk biasakan diri... blog yg lama hilang terus... rasa rugi sgt2 sbb blog lama lawa..aku xtau cam ne nk buat blk.
blog baru kurang cantik..
tapi aku akan cuba belajar lg.. insyaallah...
hehehe.....