Photobucket

10 Julai 2012

Tugas MU


dua hitan kesan di dahi
tanda teguh laksana ajaran
bagus tugasmu hamba ilahi
beri ingatan beri teguran
 
tanda teguh laksana ajaran
quran dan sunnah tetap di hati
beri ingatan beri teguran
bukti dirimu muslim sejati
 
quran dan sunnah tetap di hati
terus diamal tanpa alasan
bukti diri mu muslim sejati
diberi pahala sebagai balasan
 
terus diamal tanpa alasan
tetapkan subur tidakkan mati
diberi pahala sebagai balasan
andai tugasmu seikhlas hati
 
tetapkan subur tidakkan mati
terus mekar menjadi ilmu
andai tugasmu seikhlas hati
pasti sampai niat asalmu
 
terus mekar menjadi ilmu
ilmu yang baik tidakkan hilang
pasti sampai niat asalmu
membina umah lebih cemerlang
 
ilmu yang baik tidakkan hilang
jadi pedoman juga panduan
membina umah lebih cemerlang
islam subur menjadi pilihan
 
jadi pedoman jadi panduan
membentuk iman yang lebih jitu
islam subur menjadi pilihan
teruskan usaha murni mu itu.
 

nurkilan lama dulu...
"Fiteri"
15/04/06

Tiada ulasan: