Photobucket

08 Julai 2012

Kuala Gula 2012 -Soft Skill

Kuala Gula : Julai 2012


Sejak Kebelakangan ini.... aku sering bermain dengan hati apabila bersendirian....
aku cuba mencari jalan.....bagaimana untuk menjadi insan yang lebih baik...
insan yang memberi manfaat pada insan lain....


" Manusia yang paling baik disisi tuhan adalah manusia yang banyak memberi manfaat kepada orang lain"


dalam aku sentiasa berfikir itu....
allah telah susunkan jalan ku ..... aku diminta menghadiri kursus soft skill di kuala gula....
sebelum kesana ...bagiku kursus ini mgkin seperti kursus2 lain je...


disana lah... aku memahami sesuatu... aku menemui erti kasih sayang....
allah cuba menunjukkan sesuatu pada ku... itu yang aku fikirkan sepanjang berada di kursus itu......


memang benar.... aku terasa...tersentuh.... semuanya masuk bukan dalam minda tapi dalam hati.....
terus menusuk sangat dalam.... hanya allah yang tahu..... ya... hanya "dia" yang tahu....


jika sebelum ini untuk menjadi seorang yang lebih baik...aku cuba amalkan ikhlas dalam perhubungan... ikhlas kerana  bagiku semua hamba allah berhak dihormati..... aku cuba bersangka baik dgn semua org.


semasa berkursus ini aku tahu.... ikhlas saja tidak mancukupi...
apa yg penting dlm setiap hubungan, persaudaraan adalah kasih sayang....
apa yang perlu aku lakukan selepas ini untuk manjadi insan yang lebih baik ialah
melihat semua org dengan kasih sayang ikhlas kerana allah.....
itu mampu menjadikan hatiku lebih lembut dan bersih...


sepanjang aku disana...aku cuba semaikan kasih sayang bersama rakan-rakan...
setiap kali memeluk mereka..aku peluk sambil cuba melahirkan perasaan sayang...
memang diluar jangkaanku..... aku dapat merasakan sesuatu yang amat berlainan sekali....
berpelukan sesama rakan(lelaki) juga mampu membuat hatiku tenang dan aman....
mungkin ini azimat di sebalik rasa sayang ikhlas kerana allah.....


CUMA...MAMPUKAH aku lakukannya dalam kehidupanku seharian....
YaAllah bantulah aku untuk manjadi insan yang lebih baik.... aku sentiasa mencuba YaAllah.....


“Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: “Tidak ada seorang pun di antara kalian dipandang beriman sebelum ia menyayangi saudaranya sesama Muslim seperti halnya ia menyayangi dirinya sendiri.”


berilah peluang padaku YaAllah...berilah peluang untuk merasa sekali lagi erti sayang dalam semua perhubunganku seharian...aku ingin menjadi hambamu yang baik...




antara yang aku dapat dari kursus tersebut :


** Setiap orang ada nilai diri... menaikkan nilai diri org lain mampu membuat org dan kita bahgia..
** Jika kita memberi kasih sayang pada orang tanpa mengharapkan balasan... pasti akan ada kasih sayang yang datang kepada kita walaupun dari penjuru yg berlainan....
** Berlemah lembut mampu membuat sesuatu yang keras dan tegang menjadi lembut dan tenang. benarlah kata pepatah : setitik air mampu melekukkan batu yg keras jika air tersebut terus menitik tanpa jemu..
** komunikasi berkesan merupakan satu kuasa yang besar. cuma kita xsedari..
** banyak lagi yang aku lalui dan perolihi......




tapi apa yg aku sendiri rasa disana ialah
+ walaupun kita ikhlas belum tentu ianya memadai jika cara kita xbetul...
+ kita lebih mudah menjadi @buat baik dengan orang baru yang kita tidak kenal sebelum ini... ntah la.. mungkin susah aku nk buat baik dengan rakan sekerja yang dah lama dikenali.... 


aku kurang pandai menulis @ meluah rasa hati dengan mengarang.... susah untuk aku terangkan....
apa yang aku mahu sampaikan ialah....
ucapan ribuan mungkin jutaan terima kasih pada semua yang terlibat dengan kursus tersebut....terutama paksu....
juga syukur yg tak terhingga pada allah kerana memilihku untuk kesana....merasai dan menemui semua itu...
TERIMA KASIH YaAllah.... terima kasih...

Tiada ulasan: