Photobucket

04 Julai 2012

Hanya Itu

Siapa la Aku...
Aku tiada harta dunia
tiada yang aku boleh infaqkan ke jalan allah.
tidak mampu bersedekah untuk bekal amal jariah ku...
walaupun aku tahu :

Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad): apakah yang akan mereka belanjakan (dan kepada siapakah)? Katakan- "Apa jua hartabenda (yang halal) yang kamu belanjakan maka berikanlah kepada: kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan orang-orang yang terlantar dalam perjalanan." Dan (ingatlah), apa jua yang kamu buat dari jenis-jenis kebaikan, maka sesungguhnya Allah sentiasa mengetahuinya (dan akan membalas dengan sebaik-baiknya). (Al Baqarah : 215)






Siapalah Aku...
Aku bukan pahlawan hebat
yang boleh saja mengangkat senjata berjuang, 
tidak mampu berjihat dijalan allah....
walaupun aku tahu :

Tidaklah sama keadaan orang-orang yang duduk (tidak turut berperang) dari kalangan orang-orang yang beriman selain daripada orang-orang yang ada keuzuran - dengan orang-orang yang berjihad (berjuang) pada jalan Allah (untuk membela Islam) dengan harta dan jiwanya. Allah melebihkan orang-orang yang berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka atas orang-orang yang tinggal duduk (tidak turut berperang kerana uzur) dengan kelebihan satu darjat. Dan tiap-tiap satu (dari dua golongan itu) Allah menjanjikan dengan balasan yang baik (Syurga), dan Allah melebihkan orang-orang yang berjuang atas orang-orang yang tinggal duduk (tidak turut berperang dan tidak ada sesuatu uzur) dengan pahala yang amat besar .(An Nissa' : 95)






Siapalah Aku...
Aku tak punya banyak ILmu
yang boleh kusampaikan ...menjadi lombong pahala berterusan buatku...
tidak mampu membela dan membina agama allah..
walaupun aku tahu :


Daripada Abu Darda’ r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya para ulama adalah pewaris para nabi. Nabi-nabi pula tidak mewariskan dinar dan dirham. Mereka mewariskan ilmu. Siapa yang mengambilnya ia telah mendapat bahagian yang banyak dan sempurna."
(Riwayat Abu Daud, al-Tirmizi, Ibn Majah dan Ibn Hibban)


Dari Ibnu Mas'ud, r.a., dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Tidak digalakkan adanya perasaan iri hati melainkan kepada dua keadaan:  (Pertama) keadaan orang yang dikurniakan Allah harta benda, serta menjadikannya menguasai dirinya menghabiskan hartanya itu pada perkara kebajikan yang sebenar-benarnya; dan (kedua) keadaan orang yang dikurniakan Allah ilmu pengetahuan agama, lalu ia beramal dengannya dan mengajarkannya." (Bukhari, Muslim dan Tirmizi)



Dari Zaid bin Thabit r.a., dari Nabi s.a.w., sabdanya: "SemogaAllah menyerikan wajah dan memperelokkan keadaan orang yang mendengar dari kami sebarang hadis lalu ia memeliharanya (dengan ingatannya atau dengan tulisannya), supaya ia dapat menyampaikannya (kepada orang lain); - kerana boleh jadi ada pembawa sesuatu hadis hukum kepada orang yang lebih faham daripadanya dan boleh jadi juga pembawa sesuatu hadis hukum itu, ia sendiri bukanlah seorang yang memahaminya."(Tirmizi dan Abu Daud)



Siapalah Aku..
Aku hanya insan biasa...
tanpa harta, kuasa dan ilmu...

cuma yang aku ada hanya pekerjaan ku...
walaupun kerjayaku bukan sesuatu yg boleh dibanggakan...
aku YAKIN... pasti ada hikmah mengapa aku dipilih.. pasti ada..

aku amat berharap Allah membantuku untuk mengikhlaskan diri dalam pekerjaan ku...
aku akan cuba bekerja seikhlas yang mungkin
kerana bagiku kerja ku juga satu ibadah...
Aku Yakin, kerana aku Tahu:

Dan katakanlah (Wahai Muhammad): "Beramallah kamu (akan segala yang diperintahkan), maka Allah dan RasulNya serta orang-orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian Ia menerangkan kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan." (At Taubah : 105)

Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing), dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat). (Al Jumu'ah : 10)




Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
    “Jika pergi sesorang di antara kamu pada tengahari untuk mengambil kayu bakar dibelakangnya, sehingga dia dapat bersedekah darinya dan mencegah daripada meminta-minta maka yang demikian adalah lebih baik baginya daripada meminta-minta kepada orang lain sama ada diberi atau tidak kerana tangan yang di atas adalah lebih baik daripada tangan yang dibawah, mulailah daripada yang terdekat.”



YAALLAH.....
aku mengharapkan ihsan mu YAALLAH
jika apa yang ku kerjakan didunia ini dengan kerja yang engkau amanahkan.... 
layak kau kira sebagai ibadah untukmu.....
tiada apa yang ku ingin minta darimu YAALLAH
selain rahmat dan redhamu yaalah keatas ku, keluarga ku dan semua sahabat2 ku YaALLAH....


hanya padamu aku sembah YAALLAH hanya padamu jua aku meminta pertolongan....
tolonglah aku hambamu yang lemah dalam mencari cahaya rahmat mu YAALLAH....


terima kasih ALLAH di atas segalanya yang engkau beri buatku hambamu yang hina ini.....









Tiada ulasan: